Tuesday, 13 September 2016

" CARA QADA SOLAT YANG TERTINGGAL "

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)


Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:


Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…….

KES PUKAU DENGAN BERSALAM DAN HEMBUS ASAP ROKOK

Sepasang laki bini amat bahaya!kegiatan pukau.Koge saya nyaris terkena dikijal xdi hati2 semua.Dgn cara bersalam dgn kedua belah tangan,kedua hembus asap rokok.Selang 2 ari g rumah cite masalh dia keta hilang duit 20ribu,Tuka no plet&kelmarin tuka no lain plk bila siasat terus lari macam ribut! Tujuan saya viral nk semua org hati2.


"Kepada sahabat2 sekalian,,,tolong viral kn je k,,,
Share agar dapat cr,,,sebenrnya dia seblm ni dh dtg buat baik ngn mak ayh je tp makayh xlyn
N hrni dia dtg lg n ms dia dtg kami dh rs lain,,
Dtg cr hilux hilang katanya
N kami soal la dia n bgth knapa hilang hilux dtg cr sini,,
So bile soal bnyk n kami xsyak pon,,,rs nk ambk gambar moto dia td ,,
N dpat tahu lakk seblm ni dia dtg moto sama,tp perasan nombr plat lain2 ms dia dh kabur,,bR perasan moto dia plat lain,,,
So kiteorg xsempat kene apa2 just nk suh org ramai hati2,,
Dh buat report,,,masih dlm pencarian,,,"

cp~wan zunaizah

















Wanita Agama Buddha Peluk Islam Pada Sambutan Aidiladha



KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas beragama Buddha memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di depan kira-kira 3,000 mualaf lain pada Majlis Korban Perdana

Bersama Mualaf di padang bola Kampung Cheras Baru di sini, hari ini. Wong Lan Eng, 70, yang sudah lama berhasrat memeluk Islam, akhirnya bersedia selepas diislamkan oleh anaknya sendiri,

Muhammad Johan Haiqal Abdullah, 37, sebentar tadi. Johan Haiqal yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Belia dan Masyarakat Malaysia berkata, beliau gembira dan berbangga kerana ibunya sangat tenang ketika proses pengislamannya terutama tepat pada sambutan Aidiladha hari semalam.



“Hari ini ibu mengucapkan dua khalimah syahadah di depan saya dan kakak, Shila Lama. Buat masa ini, ibu belum mempunyai nama Islam tetapi beliau pernah memaklumkan mahu menggunakan nama Fatimah,” katanya ketika ditemui selepas proses pengislaman itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibunya tidak mempunyai masalah ketika mengucapkan dua khalimah syahadah itu, sebaliknya lancar ketika berbuat demikian. “Ibu yang dulunya seorang penganut agama Buddha yang tegar kini sudah sah seorang Islam. Saya harap ibu akan mengamalkan ajaran agama baharunya dengan baik,” katanya yang memeluk Islam sejak 10 tahun lalu.

Sumber : BH

3 Tanda-Tanda Orang Suka Menonton Video Lucah









Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa video lucah boleh membuat lelaki dan wanita akan menjadi lemah di ranjang, selain dari mengarah kepada perbuatan jenazah seperti merogol.

Banyak doktor pakar mengingatkan kita tentang bahaya menonton video lucah, baik bahaya pada kesihatan mahupun mental.

Akan tetapi laman web video lucah semakin hari semakin banyak, itu maknanya peminat video lucah bertambah banyak setiap hari.



Untuk berkawan, terutama memilih suami, perkara ini sangat penting, untuk itu ketahui tanda-tanda orang yang sudah terlalu banyak menonton video lucah.

Kurang perhubungan dalam keluarga


Tanda pertama jika seorang itu gemar menonton video lucah,dia akan lebih suka menyendirikan diri, baik dalam rumah atau pun di tempat kerja.

Jika berada di tempat ramai atau lepak, dia akan merasa tidak selesa dan ingin bersendirian dan menikmati filem lucah, biasanya tanda ini kepada individu yang belum berkahwin.

Sukar menjalin cinta dengan orang lain


Kebanyakan lelaki dan wanita yang tidak ada keinginan untuk bercinta atau mencari kekasih adalah penagih video lucah sebab mereka hanya akan tertarik dengan artis video lucah.

Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain.

Pekara ini juga akan membuat mereka selalu memikirkan sesuatu hal yang tidak masuk akal, seperti melihat, dan memikirkan lawan sejenis penuh dengan seks.

Pada yang sudah menikah, akan mencetuskan ketidak puasan seks dan akan lebih mengarah kepada perhubungan seperti kecurangan dengan wanita atau lelaki lain.

Mereka suami atau isteri yang ketagih menonton video lucah tidak akan merasa cukup dengan pasangan yang ada, mereka akan mencari orang lain semata-mata untuk merasakan benda baru.


Kurang minat dengan benda lain


Maksutnya disini seperti kurang minat bersukan, atau lepak bersama rakan-rakan, ini disebabkan otak mereka akan lebih tertarik dengan segala pekara-pekara yang berbau seks, seperti bercakap mengenai seks hal itu akan membuat mereka lebih gembira.

Selain itu tanda terakhir boleh dilihat dari pemakaian atau percakapan yang kurang sopan, seperti terlalu mendedahkan aurat dan tidak malu bercakap hal-hal yang lucah di depan ramai.

Beza Antara Suami Dan Isteri Bila Duduk Rumah Mentua












1. Walaupun tinggal sebumbung, kebanyakan suami lebih kurang berinteraksi dgn mertua kerana mereka keluar bekerja dan hanya berjumpa waktu malam sahaja.. (Borak ngan wife pun kurang,apatah lg ngan mertua ye dak.) this is good actually sbb boleh mengelakkan “drama” tidak berbayar..

2. Menantu perempuan lebih2 lagi yg fully housewife sebaliknya lebih kerap berinteraksi dengan mertua mereka.. Dari sudut baik,ia mampu lebih merapatkan hubungan menantu-mertua dan dari sudut negatifnya,biasalah menantu boleh bau busuk mertua dan mertua boleh hidu hapak si menantu.. So walau x banyak,pasti akn ada drama..(noted that perempuan (menantu&mertua) akan fikir benda2 mcm ni lama berbeza dgn lelaki yg prefer utk x amik pusing.jgn tny knapa prmpuan mcm tu,dh mmg Allah buat dia lebih sensitif gitu.cuma rasional or x je yg menentukan tindakan mereka.)

3. Menantu perempuan,wpun mereka keluar bekerja,mereka masih perlu memenuhi ‘expectation’ masyarakat (ibu mertua juga sebahagian dari masyarakat) untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak dinafikan bahawa ada ketikanya menantu wanita gagal memenuhi expectation ini which is in return boleh menjadi punca ketidakpuasan hati dari pihak keluarga mahupun mertua itu sendiri. (Cubalah suruh husband wat kerja umah skali skala,msti mak mertua akn ingt part tu..part ko wat krja byk2,akan berlalu seperti angin lalu jek.. X semua mertua la tapinya.)



4. Menantu lelaki yg tggal bersama mertua x perlu pening fikir soal aurat dan keselesaan diri.. Xnak berbaju,nak pakai short,nak terbongkang depan tv,kuar toilet nak pakai towel sahaja,ikut hangpa laa..now,cuba letakkan menantu perempuan,soal aurat perlu dijaga kalau x sama2 lah keneraka nanti ye(nauzubillah..)..tak dinafikan ade menantu perempuan gagal jaga bab ni.yeala, kalau dah ade ipar duai kat rumah tinggal sekali,haa,bertutup litup lah hai hatta dalam umah sendiri..baju lengan panjang,tudung ttup dada..kalau xde ipar yg tggal skali ok la,tp klu ade yang tinggal bersama sebulan dua,setaun dua tu,x ke kesian kat wife hang..hang duk terkangkang xpe,wife kena jaga itu ini sedangkan sepatutnya si isteri itu yg lebih memerlukan tempat yg lebih bebas setelah bertutup litup di luar rumah.n cuba la menantu perempuan terbongkang depan tv,paling baik pun akan dicop sebagai x senonoh. Mungkin ada mertua yg x kisah dengan perlakuan seperti ini, tapi agak2 selesa ke seorg isteri nak baring berehat teman anak main sedangkan mereka tau itu adalah tempat tumpuan or laluan bapa mertua mereka/ ipar duai mereka. I xtau org lain,but for me perasaan dia macam diratah.. Huhuhu..

5. Bila dah berkahwin,lelaki,please expect perempuan utk memiliki banyak barang2 personal mereka.handbags,boxes of shoes,baju,tudung..nak tau ape yg berlaku bila tinggal bersama mertua mereka? Mereka akan selagi boleh letak dan simpan semua barang2 ni dalam bilik yg mereka dduk sahaja.bukan barang dorg jek,barang sang suami pun mereka akan cari ruang untuk simpan dalam bilik mereka.jadi jangan pening pulak ye bila tengok bilik penuh sepenuh2 nya..bukan apa,kebanyakan wanita normal memang x selesa nak simpan dekat bilik2 lain yang ada di rumah mertua mereka. Bagi lelaki yg tggal bersama mertua pulak, kerana mereka ni makhluk yg simple,jadi pemikiran mereka jugak lebih simple,”nah,ayang,tolong simpankan beg/baju/kasut/songkok abg ni.”simple kan,suh je bini yg simpankan..jadi wanita ni asbab tinggal di rumah parents sendiri,mereka lebih arif tentang ruang penyimpanan yg kondusif dan selamat.kadang2 baju dorg pun dorg akan tumpang letak dlm closet mak/bapak/akak/abg/adik mereka..

Inilah antara bezanya situasi menantu perempuan tinggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua.kerana itu kalau dilihat pada page2 yg berkaitan rumah tangga,lebih ramai wanita yg mengadu tentang masalah dengan mertua.lelaki jugak ade but saaaaangat kurang. Jadi, kalau mahukan rumahtangga yg harmoni,lebih baik elakkan drama..apa,nampak ok? Haih bang,xkan nak tunggu drama tu berlaku..once it happened,ingat senang ke nak baikkan semula..ingatlah,menantu itu org yg berpuluh tahun hdup dimanjakan ibu ayah mereka tapi sanggup tinggalkan parents demi menjaga dan menemani anak lelaki kita.dan menantu,ingatlah mertua itu yg melahirkan dan mmbesarkan suami kita tup tup kena tanggung kita.
mertua: anda pernah jadi menantu

Menantu: anda bakal jadi mertua

Lastly,tak semua mertua itu zalim,dan x semua menantu itu hantu.

TIPS 5 Sebab Untung Bernikah Di Usia 30an









Rata-rata masyarakat kita mengganggap usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin. Bagi wanita, mereka akan lebih merasakan tekanannya apabila sering ditanya soal perkahwinan. Bak kata orang, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Adakalanya jodoh ditemukan dengan pantas dan ada kalanya ianya terlewat. Ingatlah perancangan tuhan sangat sempurna.

Jika anda telah mengenali seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, jangan memaksa pasangan anda untuk berkahwin sekiranya salah seorang dari anda masih belum bersedia. Jangan sesekali takut pada usia yang meningkat sekaligus memaksa anda untuk mempercepat mendirikan rumah tangga.

Semakin meningkat usia semakin matang diri kita dalam menghadapi ujian-ujian hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.



Di sini kami kongsikan kebaikan dan keuntungan berkahwin pada usia 30-an


1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil


Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu akan lebih tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu untuk menghargai cinta dan menghargai diri seseorang akan lebih fokus.

2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia


Pada usia begini, rata-rata individu sudah puas berseronok. Pelbagai kejayaan telah dikecapi baik di peringkat akademik dan mungkin di bidang professional. Jadi, bercinta dan berkahwin pada usia begini pasti akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu, tetapi mencapai kebahagaian bersama di dalam rumah tangga.

3. Pembentukkan Jati Diri Lebih Kuat


Pada usia sematang ini, mereka yang telah berumur 30-an telah membina jati diri yang kuat. Mempunyai karisma dan mempunyai matlamat yang ampuh. Mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih diredhai.

4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh


Kebanyakkan individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan bagus. Mungkin ada di antaranya telah memiliki kediaman sendiri dan mampu untuk menempuhi keadaan ekonomi yang mencabar. Oleh itu, rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya masalah-masalah kewangan dapat di atasi.

5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa


Sekiranya dikurniakan rezeki dan cahaya mata, mereka yang berusia 30-an ini pasti mampu menjadi ayah dan ibu yang baik. Kematangan dan kesabaran yang tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang yang terbaik untuk anak.

17 Tips Berhenti Ketagih Onani Cara Islam



Melancap atau onani merupakan satu tindakan untuk memuaskan nafsu diri yang dilakukan oleh samada lelaki mahu pun perempuan secara bersendirian di luar syariat agama. Ianya adalah haram di sisi agama Islam.

Berikut adalah beberapa tips efektif untuk menghentikan ketagihan onani, iaitu:

1. Mulakan dengan berdoa, memohon dan bertaubat kepada Allah, untuk berhenti dari onani selamanya.



2. Harus memiliki tekad, kemahuan, dan motivasi yang kuat dari dalam diri sendiri.

3. Terapkan sistem “reward and punishment” yang tegas dan disiplin untuk diri sendiri. Misalnya: jika satu hari saya tidak beronani, maka saya akan “menghadiahi diri sendiri” dengan membeli makanan yang saya gemari atau berjalan-jalan ke pantai. Jika saya beronani satu kali saja, saya harus “menghukum diri sendiri” dengan membaca satu buku tentang ilmu pengetahuan.

4. Katakan tidak pada onani dan seks sebelum nikah

5. Elakkan daripada duduk bersendiriani, melamun, atau menonton filem yang “memberahikan”.

6. Bergaullah dengan orang-orang yang alim, cerdas, soleh, beriman, bertakwa. Hindarilah pergaulan dengan kumpulan yang membawa anda menuju “lembah maksiat” atau “dunia hitam”.

7. Perbanyaklah beribadah sesuai dengan agama dan keyakinan anda. Jika anda beragama Islam, maka seringlah berpuasa sunah, solat berjamaah, solat malam, berzikir, membaca Alquran, dsb.

8. Jika anda amat gemar beronani, berhati-hatilah atau waspadalah dengan kanser prostat! Sebab, hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Nottingham, England, menyatakan bahawa lelaki berusia antara 20-30 tahun yang “gemar beronani” memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena kanser prostat. Juga, sebanyak 34% atau 146 dari 431 orang yang terkena kanser prostat sering melakukan onani mulai usia 20 tahun. Sekadar tambahan, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang di kelenjar prostat, disebabkan kerana sel prostat bermutasi dan mulai berkembang di luar kendali.

9. Sibukkanlah diri anda dengan hal-hal yang positif dan bermanfaat, misalnya: berolahraga, pecinta alam, membaca buku, menulis, bernyanyi, memasak, berkebun, dsb.

10. Ingatlah bahawa hukum onani adalah haram, dan onani itu merupakan “zina tangan”.

11. Hindari bergaul dengan rakan atau sahabat yang juga suka beronani. Sebab seseorang itu dapat dinilai; salah satunya dengan siapa (saja) ia bergaul.

12. Mandilah secepat mungkin. Hindari untuk berlama-lama di kamar mandi.

13. Hindari melihat tontonan, tayangan, gambar, video, yang menghairahkan atau porno, baik di internet, televisyen, VCD, DVD, dsb. Elakkan juga daripada membaca majalah atau buku-buku berbaur seks kerana ianya akan mendorong anda untuk melakukan onani.

14. Perbanyak aktiviti fizikal, terutama jika sedang stres atau diri anda sedang dalam keadaan tertekan.

15. Lakukan semua hal, aktiviti, atau kegiatan yang anda sukai, sepanjang tidak melanggar aturan agama dan norma.

16. Temukan, kembangkan, dan salurkan semua bakat, hobi, dan kreativiti anda semaksima mungkin.

17. Sedarilah bahawa onani hanya akan menghabiskan tenaga dan waktu anda yang sepatutnya dapat anda gunakan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat.

Perkampungan Yang Paling Berbahaya Di Dunia, Di Papua New Guinea



Nama negara Papua New Guinea yang terletak di dalam benua Australasia ini jarang-jarang didengari sekali, Tidak banyak maklumat atau berita yang kita perolehi daripada negara kepulauan ini.

Selain daripada fakta tentang lokasi negara ini yang terletak berjiran dengan wilayah Papua, Indonesia di sebelah barat dan Australia di sebelah selatan, tidak banyak yang kita ketahui tentang Papua New Guinea ini.









Sebuah kawasan perkampungan yang terletak di wilayah Britain Baru Timur telah mendapat jolokan sebagai sebuah perkampungan yang paling berbahaya di dunia. Perkampungan yang dikenali sebagai Desa Rabaul ini terletak di kawsan tiga gunung berapi aktif yang menjadikannya salah satu tempat yang paling berbahaya di dunia.

Dilaporkan, kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1994 dan sebahagian besar penduduk meninggalkan kawsan itu. Sesetengah lagi masih kekal di kawasan itu dan gunung berapi yang dijangka meletus sekali lagi pada 2050.
















































































Monday, 12 September 2016

Kisah Benar Anak Tinggalkan Ayah yang Uzur di Hospital ketika Raya Haji



9 Zulhijjah 143X H.

"Err...doktor,"

Aku berpaling melihat wajah lelaki muda berkenaan. Kelihatan serba salah di wajahnya. Isterinya di sisi, duduk di samping pesakit di katilnya.

"Boleh tak kalau saya minta tangguh discharge ayah saya, lagi sehari dua?"

Berbisik perlahan suara lelaki muda tersebut. Mungkin tak mahu orang tuanya mendengar. Namun orang tua itu tidak pekak. Beliau mungkin baru diserang strok, tapi beliau tidak pekak. Dan tidak sedikit pun herot mulutnya mampu menyembunyikan riak sedih yang terpancar dari wajah lelaki berusia 80 tahun tersebut. Hiba.

"Eh kalau hendak diikutkan, ayah encik dah tiga hari di hospital. Tekanan darahnya dah stabil, beliau pun sudah boleh makan melalui tiub pemakanan. Cuma tubuh badannya yang lumpuh itu, kita akan rujuk ke bahagian fisioterapi untuk senaman secara berkala. Kita bercadang hendak bagi balik hari ini, supaya pakcik boleh beraya bersama keluarga di rumah."

Aku menjelaskan keadaan pakcik. Anaknya kelihatan serba salah, lantas menarikku pergi jauh sedikit dari katil pakcik.

"Itulah halnya, doktor. Kat rumah sekarang ramai budak-budak, cucu cicitnya, semua pulang ke kampung. Abah pula sebatang kara, mak dah lama meninggal. Saya risau kalau bawa balik hari ini, kami tak ada orang hendak jaga abah di rumah esok, sebab semuanya sibuk beraya. Sebab itu saya dah berbincang dengan adik-adik, biar abah di hospital dulu, nanti dalam hari raya ketiga atau keempat baru kami bawa abah balik. Boleh begitu, doktor?"

Kali ini aku pula yang serba salah. Dan tergamam, juga. Benar, aku faham, menjaga pesakit strok bukannya mudah. Tambah pesakit yang kelumpuhan. Berak kencingnya perlu berbantu. Pergerakannya terbatas pada roda. Makanannya berbancuh susu, melalui tiub.

Tapi esok, hari raya kot. Hari raya.

"Biasanya yang selalu saya berhadapan, pesakit atau keluarga sendiri yang minta dibawa balik kerana nak beraya. Siap sanggup tandatangan risiko sendiri lagi."

Aku memberi respons, sambil kepalaku terjenguk-jenguk melihat keadaan wad. Wad kelihatan agak lengang. Memang apabila menjelang musim perayaan, kita akan cuba expedite (percepatkan) management agar pesakit dapat discharge sebelum hari raya.

Dan dalam masa yang sama, kita juga anticipate kemasukan kes-kes baru yang mendadak menjelang hari raya kedua. Maklumlah, ketika inilah yang kencing manis melantak pulut, yang darah tinggi mentekedarah daging. Hari raya pertama sudah pening-pening, sesak dada, tapi masih mahu bertahan tak mahu susahkan siapa-siapa, tak mahu rosakkan mood raya. Masuk hari raya kedua, tengok-tengok dah tak sedarkan diri. Barulah terkocoh-kocoh waris membawa ke hospital.

"Tolong ikhtiarkan ye, doktor. Kalau doktor discharge ayah saya hari ini pun, tak ada sesiapa yang boleh nak bawa dia balik ke rumah. Saya dan isteri pun kejap lagi hendak menziarah rumah kawan. Adik beradik saya yang lain semuanya sibuk di rumah."

Patutlah melaram semacam aku melihat pasangan ini. Kemas pakaiannya. Orang bandar, baru pulang ke kampung agaknya.

Aku hanya mengangguk, sambil kulihat pada raut wajah lelaki tua tersebut. Aku mengusap dan menggenggam erat tangannya.

***

Allaahu akbar, allaahu akbar, allaahu akbar.
Laa ilaaha illa Allah, wa Allahu akbar.
Allahu akbar wa lillaahilhamd.

Suara takbir aidiladha bergema dari corong pembesar suara masjid, bersebelahan hospital. Aku tiba di wad awal pada hari berkenaan. Cadangnya hendak habiskan round pesakit cepat-cepat agar sempat ke solat sunat aidiladha. Beginilah nasib di perantauan. Hendak pulang ke kampung, jauh. Baik lah aku oncall, setidak-tidaknya terubat rindu ke kampung halaman.

"Pakcik katil 24 yang strok tu, tak ada waris datang ke pagi ini?" Aku bertanyakan jururawat bertugas.

"Dari semalam lagi tak ada, doktor. Feeding dia pun kami yang bagi."

Aku segera menuju ke katil pakcik. Di sudut hujung wad, betul-betul sebelah tingkap.

"Assalamualaikum, pakcik." aku menyapa. Pakcik masih tidak mengalihkan pandangannya. Entah apa yang direnungnya di luar tingkap.

"Assalamualaikum," aku menguatkan salam. Barulah pakcik berpaling.

Dan barulah aku nampak, rupanya air mata beliau, sedang berlinangan.

Allaahu akbar, allaahu akbar, allaahu akbar.
Laa ilaaha illa Allah, wa Allahu akbar.
Allahu akbar wa lillaahilhamd.

***

Berdasarkan kisah benar namun telah diolah kembali. Fenomena "anak tinggalkan ibubapa di hospital" menjelang musim perayaan adalah fenomena yang benar-benar berlaku, realiti yang kami di bahagian perubatan hadapi setiap kali oncall di musim perayaan. Mungkin jumlahnya tidak banyak, namun ada.

Sumber gambar dari Shutterstock.