Baru-baru ini, menerusi twitter Que Haider, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati atas pemilihan filem untuk Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) dimana filem lakonan beliau Ophilia tidak terpilih dalam kategori cerita asal dan kostum terbaik.
Selain itu dia juga menyifatkan acara itu seperti anugerah untuk kanak-kanak dimana dia juga berpendapat mereka yang bertanggungjawab dalam hal pencalonan tidak ada pengetahuan yang luas dalam menilai sesuatu filem.
Dalam masa yang sama, Bront Palare juga turut menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di dalam setiap pemilihan filem di dalam satu acara anugerah sama ada di luar mahu pun dalam negara.
Tidak bertindak melulu, Que kelihatan akur dengan beberapa penjelasan Bront namun apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pelakon ini sebenarnya seringkali menjadi bahan pertikaian pihak media dan individu sebaik selesai majlis tersebut. Tidak kurang juga ada yang melabelkan anugerah sebegini sebagai anugerah yang syok sendiri.
Jika dilihat pada satu sudut lain, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Bak kata Bront ketika menjelaskan kepada Que – semuanya adalah di atas dasar sentimen dan selera yang sama di antara juri.
Read more: http://www.myartis.com/2015/08/ffm-27-macam-anugerah-kanak-kanak-kutuk.html#ixzz3jTLnG8o9
Hangat Dari Internet Raya:
PANAS ! Que Haidar "KRITIK" FFM27 Yang Dikatakan MACAM ANUGERAH KANAK-KANAK SAHAJA . Apa Sebenarnya Yang Berlaku ?
4/
5
Oleh
Unknown