BANGI - Seorang lelaki di usia pertengahan didapati menyamar sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bangi, tengah hari tadi.
Dalam kejadian tengah hari tadi, mangsa cuba diperas ugut oleh lelaki ini yang kononnya mendakwa dirinya adalah anggota polis.
"Lelaki ini mendakwa kononnya dia anggota polis, siap beritahu tak pakai seragam. Hendak dijadikan cerita, saya pergi ke Hentian Kajang naik motosikal dan bila nak balik, helmet pula hilang. Jadi saya pun baliklah tunggang motosikal tanpa helmet.
"Apabila tiba di UKM, lelaki ini menahan saya, kononnya dia anggota polis. Dia tanya kenapa tak pakai helmet, saya pun jelaskan apa yang berlaku. Malangnya lelaki ini berkata saya sengaja bagi alasan dan ditambah pula dia kata dah nampak saya sejak 3 4 hari lalu menunggang motosikal tak pakai helmet.
"Saya kemudian menjelaskan yang saya baru dua hari lepas balik ke Bangi, macam mana dia boleh nampak saya? Dari situ saya dah sedar lelaki ini ada agenda tersembunyi.
"Dia mengajak saya pergi balai dan saya akur sahaja. Namun, sebelum sampai ke balai, dia berhenti tepi jalan dan menghubungi rakannya. Di fikiran saya, lelaki ini nak memeras ugut saya dengan bantuan rakannya.
"Saya cuba mengajaknya pergi ke balai tetapi dia menolak. Dari situ saya sudah dapat meneka bahawa lelaki ini bukan anggota polis. Dia yang ajak pergi balai, dia pula yang lari akhirnya," kata Al Firzie.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati jika ditahan oleh lelaki ini. Mohon pihak polis mengambil tindakan segera terhadap lelaki ini kerana tindakannya menyamar sebagai anggota polis adalah salah dan boleh mencemarkan imej PDRM. - KREDIT HYPEMEDIA
Hangat Dari Internet Raya:
Pura-pura Menyamar Jadi Polis Untuk Peras Ugut Orang Yang Lalu Lintas Di Kawasan Tersebut , Apa Berlaku Selanjutnya PADAN MUKA !
4/
5
Oleh
Unknown