Monday 12 September 2016

BETULKAH LEMBU UNTUK 7 ORANG, KAMBING 1 ORANG?



BETULKAH LEMBU UNTUK 7 ORANG, KAMBING 1 ORANG?



Assalamualaikum ustaz
Adakah terdpt hadith yg menjelaskan untuk korban seekor lembu adakah diboleh dibahagi 7 orang berkongsi dan kambing untuk 1 orang sahaja?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.

Ya, terdapat hadis sahih menerangkan hal ini.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ ‏.‏
Daripada Jabir radiallahu 'anhu, beliau berkata: Kami menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam pada tahun Hudaibiyah dengan seekor unta daripada tujuh orang dan seekor lembu daripada tujuh orang.
[Sahih Muslim, Kitab al-Hajj, Bab al-Isytirak Fi al-Hady wa Ijza' al-Baqarah wa al-Badanah Kulli Minhuma 'An Sab'ah, hadis no: 1318].

Atho' bin Yasar berkata

سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوبَ الأَنْصَارِيَّ كَيْفَ كَانَتِ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ حَتَّى تَبَاهَى النَّاسُ فَصَارَتْ كَمَا تَرَى ‏.
Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari radiallahu 'anhu, bagaimanakah korban dilakukan di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau menjawab: Seseorang itu akan menyembelih seekor kambing bagi pihak dirinya dan ahli keluarganya. Mereka akan makan hasil korban itu dan memberi makan kepada orang lain sehingga‏ mereka berbangga-bangga dengannya dan jadilah seperti yang engkau lihat sekarang.

[Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Adhohiy, Bab Ma Jaa Anna al-Syaata al-Wahidah Tujziu 'an Ahli al-Bait, hadis no: 1505, hasan sahih]

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

BETULKAH LEMBU UNTUK 7 ORANG, KAMBING 1 ORANG?
4/ 5
Oleh