Sunday 11 September 2016

INGINKAN PAHALA KORBAN SEEKOR UNTA DENGAN PERCUMA? BUAT AMALAN INI !!



Hendaklah para makmum bersegera pergi ke masjid untuk solat jumaat, berpandukan kepada hadis Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Orang yang pergi ke masjid di saat pertama, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor unta; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu dan barangsiapa pergi ke masjid di saat ketiga, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor biri-biri yang bertanduk; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang keempat, maka seolah-olah ia telah menghadiahkan seekor ayam; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang kelima; maka seolah-olah ia telah menghadiahkan sebiji telur; kemudian apabila imam masuk maka ditutuplah buku catatan, diletakkan pena; dan berkumpullah para Malaikat di sekitar mimbar mendengarkan khutbah. Barangsiapa datang sesudah itu, maka hanya ia datang untuk solat sahaja, ia tidak memperolehi keutamaan apa-apa lagi".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa".

(Surah Ali-Imraan: ayat 133)

Hangat Dari Internet Raya:

Related Posts

INGINKAN PAHALA KORBAN SEEKOR UNTA DENGAN PERCUMA? BUAT AMALAN INI !!
4/ 5
Oleh